About Us

My photo
Jynxville., Jynxstate., Brunei
Jynx, seven and seven only. everytime ya hear our names are mentioned, chills tingling down ya back. sorry, its not our fault we're this way. :)

Friday 3 July 2009

SIAPA YANG MENEGUR TADI?

okay folks now should we move on to the second ghost story.hmm.
here now, i don't know either this story banar kah inda.aku pernah baca dari 'buku prima' so kan sharing sama kamu.enjoy reading. ;D




Hari sudah semakin larut. Shadira dan Hanim masih lagi tekun mengulangkaji pelajaran di fakulti.Pada minggu peperiksaan begini,memang ramai pelajar yang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Jarang sekali fakulti dipenuhi pelajar untuk mengulang kaji,apatah lagi pada waktu malam begini.

Keadaan sunyi dan tenang memudahkan mereka menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Khusyuk menelaah pelajaran, tidak sedar jarum jam menunjukkan hampir 12.00tengah malam. Ikutkan hati mahu balik sahaja mereka balik ke kolej dan menyambung ulang kaji di bilik. Takut pula bila memikirkan waktu-waktu begini banyak 'benda-benda' yang suka mengganggu.

Tapi, Shadira dan Hanim tetap kuatkan semangat kerana peperiksaan pertama akan bermula awal pagi esok. Tiba-tiba, Hanim bangun dan mengajak Shadira menemaninya ke tandas.

"Hisy,sejuk sangatlah. Nak terkancing pulak. Dira,temankan aku ke tandas sekejap," kata Hanim apabila sudah tidak tahan lagi mahu terkencing.

"Ala,malaslah.Banyak yang aku belum baca lagi. Aku takut tak sempat aje nak habiskan semua. Hisy,lain kali aku tak nak study last minute macam ni," balas Shadira walaupun di hatinya terselit rasa takut ditinggalkan sendirian di dalam kelas tengah-tengah malam begini.

"Tak apalah kalau kau tak nak ikut. Tolong tengok-tengokkan barang aku ni," kata Hanim kecewa sambil berlalu.


....tidak sampai lima minit kemudian.

'Hanim' sambil menundukkan muka masuk kembali ke perpustakaan dan duduk menyambung ulang kajinya yang terhenti tadi. Shadira hanya mendiamkan diri. Pasti Hanim merajuk sampaikan tidak mahu memandangnya.

...sementara itu.

Hanim yang berada di tandas, masih lagi berdiri menghadap cermin. Baru sahaja disarungkan tudung yang dibuka sebentar tadi untuk membetulkan anak-anak rambut yang terkeluar, DIA TERDENGAR PINTU DITOLAK DENGAN KASAR DARI SEBELAH LUAR.

"Aik,tadi aku ajak tak nak ikut. Tengok sekarang kau pulak yang kelam-kabut. Dah habis study ke?" perli Hanim pada 'Shadira' yang melulu masuk ke tandas tadi.

"KESIAN KAT KAU TAK ADA ORANG TEMANKAN. KAWAN KAU DAH ADA ORANG TEMANKAN," BALAS 'SHADIRA' SAMBIL TERSENYUM SINIS PADANYA.

Pelik, kenapa suara Dira lain macam aje. Kalau tak salah, muka dia nampak pucat sikit. Takkan sampai pucat tahan sakit perut kot,seloroh Hanim di dalam hati.

...setelah beberapa minit kemudian

"Oi, Dira. Apa kau buat kat dalam ti. Lamanya. Tu la, aku ajak tadi kau tak nak ikut. Aku masuk dululah ya," laung Hanim bila sudah agak lama menunggu Shadira. Penat kakinya berdiri.

Sebaik sahaja sampai ke perpustakaan. Hanim terkejut melihat Shadira duduk mengulang kaji.

"Bila masa kau masuk perpustakaan. Tadi,bukan ke kau ada lagi kat dalam tandas dengan aku?" tanya Hanim.

"Aik, yang kau tu, bila masa kau keluar. Tadi kau ada aje.... H-H-Hanim,kau terfikir tak apa yang aku fikir?" tanya Shadira tergagap-gagap.

No comments:

Post a Comment