About Us

My photo
Jynxville., Jynxstate., Brunei
Jynx, seven and seven only. everytime ya hear our names are mentioned, chills tingling down ya back. sorry, its not our fault we're this way. :)

Wednesday 8 July 2009

PEMBUNUHAN BERSIRI TUKANG GUNTING RAMBUT

Pada awal kurun 19, ada sebuah kedai gunting rambut. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokei kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu-lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan orang yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.
Tetapi bagi mereka yang menjawab "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting rambut akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.
Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidak boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.
Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang dan kesakitan akan mula terasa. Sesudah itu tukang gunting akan merentas otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.
Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment